PETI SEJUK
A. Panduan Membeli Peti Sejuk
• Pilih saiz peti sejuk yang menepati keperluan keluarga. Peti sejuk 550W akan menggunakan tenaga elektrik yang bernilai RM22.50 sebulan. Elakkan daripada membeli peralatan yang bersaiz terlalu besar.
•
Jangan lupa untuk mengenal pasti Energy Efficiency Ratio (EER) bagi peti sejuk. Data pada plat nama akan memberikan maklumat tentang penggunaan kuasa bagi peti sejuk.
B. Panduan Pemasangan
Peti sejuk dan penyejuk beku akan membebaskan haba ketika operasi penyejukan muatannya. Haba ini perlu dinyahkan kerana jika tidak, kompresor bagi peti sejuk dan penyejuk beku ini akan beroperasi lebih lama. Ini menyebabkan ia menjadi terlebih panas dan akan memendekkan jangka hayatnya. la juga akan menggunakan lebih banyak elektrik dan akan lebih cepat rosak. Perkara yang perlu diambil kira untuk pemasangan peti sejuk dan penyejuk beku:
Peti sejuk tidak seharusnya diletakkan di tempat yang panas seperti di tempat yang terdedah kepada pancaran terus matahari atau berhampiran dengan dapur memasak.
Ruang disediakan di sekeliling peti sejuk termasuk di bahagian atas, belakang dan tepi bagi membolehkan pengaliran udara
C. Panduan Operasi Dan Penyelenggaraan Peti Sejuk
Apabila hendak meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang kosongkan dan cuci peti ais. Tutupkan suis dan biarkan pintunya terbuka.
Pastikan gelung kondenser sentiasa bersih. Habuk dan kotoran pada gelung kondenser akan mengurangkan kecekapan peti sejuk.
Susun makanan di dalam peti sejuk supaya ada ruang di sekelilingnya bagi membolehkan pengaliran bebas udara.
Sentiasa sejukkan makanan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Elakkan daripada kerap membuka ataupun sengaja membiarkan pintu peti sejuk terbuka.
No comments:
Post a Comment